buat sampai jadi logo

This Is Intro

Update terkini dalam website ini

Video terakhir yang dimasukkan dalam website ini adalah dalam topik cara membina website ecommerce. Secara tepatnya, video terakhir adalah mengenai cara setting payment gateway Bilplz.

Selamat datang kepada peserta Kelas Bina Website.

Kelas Bina Website ini bermula pada hujung tahun 2019. Kelas ini dahulu mengajar cara membina website menggunakan CMS Joomla.

Berdasarkan feedback yang saya dapat, Joomla merupakan satu method yang susah untuk di guna oleh seseorang yang tidak ada kemahiran dalam coding.

Saya telah membuat pertimbangan untuk mengubah jenis CMS yang patut digunakan oleh pelajar. Saya dapati WordPress lebih baik dari Joomla.

Banyak kriteria yang saya tengok untuk sampai ke keputusan ini. Antaranya, WordPress lebih tinggi ranking SEO nya, WordPress lebih senang nak guna dan WordPress lebih bagus capaian dalam search engine.

Jadi mulai bulan July 2020, saya menggunakan WordPress dalam asas untuk membina website.

Sedikit tentang cara untuk view video yang ada dalam website ini.

Anda boleh hover cursor di menu Kelas Online di atas. Anda boleh pilih page mana yang anda nak lihat pada dropdown menu yang keluar.

Sedikit panduan, jika anda nak tonton video yang ada, sila klik pada button gear di sudut bawah sebelah kanan dan klik pada kualiti 720. Ini akan menjadikan kualiti video lebih baik.

2021 © All Rights Reserved – Buat Sampai Jadi